Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan

Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT : Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.  

Ketua Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), Jeneral Erik Kurilla, memaklumkan beliau hadir di ibu pejabat pemantauan semasa pengunduran berterusan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan proses penggantian oleh Angkatan Tentera Lubnan di Al-Khiam, Lubnan, sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

“Ini adalah langkah awal yang penting ke arah pelaksanaan gencatan senjata yang berkekalan dan menjadi asas kepada kemajuan berterusan,” kata Kurilla dalam kenyataan.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menyifatkan penempatan tentera di kawasan Al-Khiam dan Marjayoun sebagai langkah asas ke arah memperkukuhkan kawalan tentera di selatan, sejajar keputusan gencatan senjata.

“Kami menghargai usaha tentera dalam memastikan kestabilan di selatan,” katanya melalui hantaran di platform X.

Sementara itu, pihak tentera Israel memaklumkan Briged Ke-7 telah menamatkan misi di Al-Khiam, selatan Lubnan.

Menurut kenyataan tersebut, sejajar dengan persefahaman gencatan senjata dan koordinasi Amerika Syarikat, tentera Lubnan kini ditempatkan di kawasan itu bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

Ketegangan di selatan Lubnan memuncak sejak September lalu, apabila Israel meningkatkan kempen ketenteraan selepas hampir setahun berlaku serangan lintas sempadan yang dimulakan Hezbollah sebagai sokongan kepada sekutunya, Hamas.

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 27 November lalu, masih dipatuhi secara umum walaupun kedua-dua pihak sering menuduh satu sama lain melanggar persefahaman tersebut.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, tentera Lubnan dan pasukan pengaman PBB akan ditempatkan di selatan Lubnan, manakala tentera Israel dijadualkan berundur sepenuhnya dalam tempoh 60 hari. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya