Tentera Israel dakwa bantu PBB halang serangan di Syria

Tentera Israel dakwa bantu PBB halang serangan di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa melancarkan usaha membantu pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menangkis serangan oleh individu bersenjata di Bukit Golan.

Menteri Luar Israel, Gideon Saar berkata, angkatan tenteranya sudah memasuki zon penampan yang dikawal PBB.

Pasukan Pemerhati Pemisah PBB (UNDOF), mengesahkan kakitangannya memerhatikan individu bersenjata yang tidak dikenali di kawasan pemisahan, termasuk kira-kira 20 orang yang memasuki satu daripada kedudukan misi itu di bahagian utara lokasi tersebut.

“Ketidakbolehcabulan premis PBB mesti dihormati pada setiap masa,” kata Jurucakap Pengaman PBB.

Sementara itu, tentera Israel berkata, serangan dilakukan oleh individu bersenjata di pos PBB di kawasan Hader di Syria, merujuk kepada sebuah bandar di pinggir zon penampan.

“Tentera Israel kini membantu pasukan PBB dalam menangkis serangan itu,” katanya.

Lewat Sabtu lalu, Saar mendakwa Israel diganggu oleh pelanggaran gencatan senjata 1974 dengan Syria.

“Pada hari terakhir, angkatan tentera memasuki zon penampan di sebelah sempadan Syria dengan Israel. Antara lain, serangan dilakukan ke atas penjaga keamanan di kawasan itu.

“Israel berdepan masalah pelanggaran gencatan senjata 1974 dengan Syria. Israel tidak campur tangan dalam konflik dalaman di Syria,” tambahnya.

Terdahulu, pemantau perang Syria di Britain memaklumkan, kumpulan pejuang menguasai ibu kota wilayah Quneitra sekitar 12 kilometer di selatan Hader.

Perang saudara Syria yang telah lama berdepan jalan buntu kembali memuncak akhir bulan lalu, dengan pejuang itu menyerbu seluruh negara dan menawan beberapa bandar utama.

Ketua Tentera Israel, Herzi Halevi melawat sempadan Syria dan turut menegaskan rejim itu tidak akan campur tangan di Syria.

“Fokus utama Israel ialah memerhati pergerakan dan kepentingan Iran, manakala fokus kedua pula adalah pada puak Syria dan memastikan mereka tidak tersilap menghalakan tindakan mereka ke arah kami,” katanya.

Tentera Israel bagamanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada serangan itu masih berterusan.

Israel menakluk sebahagian besar Dataran Tinggi Golan semasa Perang Enam Hari 1967 dan kemudiannya mengambil wilayah itu dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa secara keseluruhan.

UNDOF telah meronda zon penampan antara zon kawalan Israel dan Syria sejak 1974.

Pada Ogos 2014, kumpulan pejuang menyerang UNDOF dan menjadikan lebih 40 anggota pengaman Fiji sebagai tebusan, menahan mereka selama hampir dua minggu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya