Taufan Chido ragut 34 nyawa, ribuan terjejas di Mozambique

Taufan Chido ragut 34 nyawa, ribuan terjejas di Mozambique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAPUTO: Taufan Chido meragut 34 nyawa selepas melanda Mozambique, menurut Institut Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan negara itu.

Taufan tersebut mula melanda wilayah Cabo Delgado pada Ahad, mengakibatkan 28 kes kematian di kawasan itu, kata pusat berkenaan dalam laporan baharu yang dikeluarkan pada petang Isnin.

Tiga lagi mangsa terkorban di wilayah Nampula dan tiga di Niassa, kawasan pedalaman negara tersebut.

Selain itu, sebanyak 319 orang dilaporkan cedera akibat ribut kuat yang membawa angin dengan kelajuan sekitar 260 kilometer sejam serta hujan lebat berjumlah 250 milimeter dalam tempoh 24 jam, menurut kenyataan pusat itu.

Lebih 23,600 rumah dan 170 bot nelayan dilaporkan musnah, manakala kira-kira 175,000 penduduk terjejas akibat taufan tersebut.

Chido melanda kawasan utara Mozambique yang kerap dilanda taufan serta terdedah kepada risiko akibat konflik berterusan dan pembangunan yang tidak mencukupi.

Sebelum mendarat di Mozambique, taufan itu telah melanda pulau Mayotte di Lautan Hindi, yang dikhuatiri meragut ratusan nyawa.

Taufan itu kemudiannya bergerak ke Malawi pada Isnin dan dijangka melemah pada Selasa berhampiran Zimbabwe, yang turut berada dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi kemungkinan hujan lebat akibat ribut tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya