SAINT-DENIS DE LA REUNION: Taufan Chido melanda wilayah pulau Perancis, Mayotte semalam, menyebabkan kemusnahan besar di kawasan setinggan dan menimbulkan kebimbangan terhadap jumlah kematian yang setakat ini meragut dua nyawa. Pemangku Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau berkata, ribut itu meninggalkan jejak kemusnahan yang tragis dan memberi amaran banyak kawasan setinggan di wilayah tersebut musnah sepenuhnya. “Kami memerlukan beberapa hari untuk menentukan jumlah kematian, tetapi kita bimbang ia adalah tinggi,” katanya selepas menghadiri mesyuarat krisis yang dipengerusikan Perdana Menteri baharu Perancis, Francois Bayrou. Pejabat Retailleau memaklumkan, beliau akan ke Mayotte esok.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya