Tahanan lelaki Ukraine jadi mangsa keganasan seksual di Russia

Tahanan lelaki Ukraine jadi mangsa keganasan seksual di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV : Keganasan seksual terhadap lelaki Ukraine di pusat tahanan Russia didakwa kurang dilaporkan berikutan stigma serta tanggapan yang merendahkan maruah mangsa, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dana Penduduk PBB (UNFPA) menunjukkan seramai 114 lelaki menjadi mangsa keganasan seksual sejak pencerobohan penuh Rudsia ke atas Ukranie pada Februari 2022, dipercayai jauh lebih rendah berbanding kejadian sebenar.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Ukraine, jumlah itu dicatat bersama 202 kes melibatkan wanita yang menjadi mangsa jenayah sama.

UNFPA menjangka bagi setiap kes yang dilaporkan, terdapat antara 10 hingga 20 kes lain yang tidak dilaporkan.

Pada September lalu, Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas untuk Ukraine yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Mac 2022 mendedahkan kegunaan sistematik keganasan seksual sebagai kaedah penyeksaan, termasuk terhadap lelaki di pusat tahanan yang dikendalikan pihak berkuasa Rusia.

Laporan siasatan itu merangkumi keterangan terperinci dari dalam pusat tahanan di kawasan yang diduduki Russia dan wilayah negara tersebut. 

Pegawai Tinggi Rusia didakwa ‘mengarahkan, membiarkan, atau tidak mengambil tindakan’ terhadap jenayah tersebut.

UNFPA memberitahu Al Jazeera walaupun majoriti mangsa keganasan seksual berkaitan konflik adalah wanita dan kanak-kanak perempuan, lelaki, kanak-kanak lelaki, serta individu dengan identiti jantina berbeza turut menjadi sasaran jenayah itu.

Wakil UNFPA Ukraine, Massimo Diana berkata, semua mangsa keganasan seksual berkaitan konflik menghadapi halangan besar untuk mendapatkan bantuan.

“Bagi mangsa lelaki, halangan ini sering kali bertambah buruk dengan kebimbangan untuk dilabel atau disalah tafsir, termasuk ketakutan dikaitkan dengan minoriti seksual,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya