Suami Zahnita Wilson telah ditahan oleh polis

Suami Zahnita Wilson telah ditahan oleh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon dan bekas peragawati terkemuka tanah air, Zahnita Wilson, iaitu Abdul Zackery Ghouse telah ditahan selepas satu laporan diterima pihak polis hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Pahang, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu selepas dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Menurut Zahari, pihaknya ada menerima laporan dan tangkapan juga telah dibuat terhadap Abdul Zackery.

“Hari ini, suspek telah ditangkap dan akan dibawa ke mahkamah esok untuk tujuan reman. Kes disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Zahnita yang berusia 39 tahun telah membuat pendedahan di media sosial mengenai dirinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita menerusi perkongsian foto di Instagram miliknya juga telah memaparkan bukti bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam selepas mendakwa berlaku pergaduhan antaranya dengan Abdul Zackery selepas dia membangkitkan persoalan sama ada suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Untuk rekod, pada 2013, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN