Serangan dron Russia di Donetsk ragut dua nyawa

Serangan dron Russia di Donetsk ragut dua nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seramai dua orang maut dan dua lagi cedera apabila dron Russia menyerang sebuah bangunan pangsapuri bertingkat di bandar barisan hadapan Chasiv Yar, wilayah Donetsk, Ukraine pada Khamis.

Menurut pejabat Pendakwa Raya tempatan, Chasiv Yar telah diserang oleh pasukan Russia selama beberapa bulan, menjadi fokus serangan Rusia untuk menguasai Donbas yang juga melibatkan wilayah Luhansk.

Bandar ini terletak di sebelah barat Bakhmut, sebuah pusat wilayah yang jatuh ke tangan tentera Russia pada Mei 2023, selepas pertempuran sengit yang berlarutan.

Pejabat wilayah Dnipropetrovsk melaporkan serangan dron di bandar Nikopol pada pagi Khamis, mengakibatkan lapan orang cedera.

Tujuh daripada mereka menerima rawatan di hospital, selepas serangan yang merosakkan gerai-gerai di pasar tersebut, kata Gabenor Dnipropetrovsk, Serhiy Lysak, melalui Telegram.

Nikopol, yang sering menjadi sasaran serangan Russia, terletak di seberang sebuah takungan besar dari loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia yang dikuasai Russia.

Pasukan Russia juga menyerang kawasan industri di bandar Zaporizhzhia di tenggara Ukraine, kata Gabenor wilayah, Ivan Fedorov, melalui Telegram.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan tersebut berlaku selepas Russia melancarkan serangan semasa Hari Krismas ke atas sistem tenaga Ukraine yang mengorbankan seorang mangsa di wilayah Dnipropetrovsk.

Tentera Ukraine berkata, pihaknya berjaya menembak jatuh 20 daripada 31 dron yang dilancarkan oleh Russia dalam tempoh semalaman.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya