BANGKOK: Satu hantaran Facebook yang memaparkan seorang sami di Thailand melekatkan kening palsu pada wajahnya supaya dapat menggunakan kad kebajikan kerajaan, menjadi tular sejak semalam. Tiga gambar sami yang tidak dinamakan itu dimuat naik di halaman CNew Viewer 4K pada 11.17 pagi (waktu tempatan), dan dalam masa beberapa jam, hantaran tersebut menerima hampir 8,000 reaksi termasuk emoji ketawa, lebih 370 komen dan 1,500 perkongsian. Hantaran itu menyatakan sami tersebut menghadapi kesukaran menggunakan hak kebajikan kerana aplikasi pembayaran di kedai gagal mengenal pasti beliau sebagai orang yang sama dalam gambar pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya