PETALING JAYA: Pasukan bola sepak Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM FC) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru yang dianjurkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) di Padang Bola Sintetik Presint 4, Perbadanan Putrajaya, semalam. Saingan membabitkan empat pasukan terdiri daripada JKKP, SAM, Persatuan Keselamatan & Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) dan Gadang Holding Berhad. SAM FC yang dianggotai kakitangan dari beberapa organisasi media sukan tempatan dan bekas atlet negara memperagakan aksi menakjubkan apabila menang kesemua aksi dilalui untuk mengumpul sembilan mata maksimum sekali gus bergelar juara sulung kejohanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya