Rusuhan penjara di Mozambique: 33 maut, 15 cedera

Rusuhan penjara di Mozambique: 33 maut, 15 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAPUTO : Sekurang-kurangnya 33 orang terkorban dan 15 lagi cedera dalam insiden rusuhan penjara yang berlaku di ibu negara Mozambique, Maputo, semalam.

Panglima Besar Polis, Bernardino Rafael berkata, dalam kejadian itu, seramai 1,534 banduan dilaporkan melarikan diri dari penjara, namun 150 daripadanya berjaya ditahan semula.

Mozambique kini berdepan ketegangan awam yang semakin memuncak, susulan pilihan raya yang mencetuskan kontroversi pada Oktober lalu.

Pilihan raya tersebut menyaksikan kemenangan parti pemerintah Frelimo, yang dituduh oleh pembangkang sebagai tidak telus dan berlaku penipuan.

Rafael mendakwa protes yang berlaku di luar penjara telah mencetuskan rusuhan tersebut, namun Menteri Kehakiman, Helena Kida memberitahu stesen penyiaran swasta Miramar TV insiden tersebut bermula di dalam penjara dan tiada kaitan dengan demonstrasi di luar.

“Konfrontasi yang berlaku selepas itu telah mengakibatkan 33 kematian dan 15 kecederaan di kawasan sekitar penjara,” kata Rafael.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang terkorban dan cedera belum dikenal pasti.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Mozambique pada Selasa lalu mengesahkan sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam rusuhan yang tercetus selepas mahkamah tertinggi negara itu mengesahkan kemenangan parti Frelimo. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya