Russia mahu Syria tentukan masa depan sendiri - Utusan Malaysia

Russia mahu Syria tentukan masa depan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kementerian Luar Russia berkata, kini terpulang kepada rakyat Syria untuk menentukan masa depan mereka sendiri. 

Namun, pihaknya menggesa penubuhan kerajaan inklusif perlu mengambil kira kepentingan pelbagai etnik dan agama di negara itu.

Kementerian itu berkata, Russia sedang memantau situasi terkini lebih seminggu selepas kejatuhan bekas Presiden, Bashar al-Assad yang disokong Moscow dan melihat bagaimana kuasa semakin disatukan di bawah komander Abu Ahmed al-Jolani.

“Kami percaya jalan menuju normalisasi berterusan di Syria terletak pada usaha mewujudkan dialog inklusif dalam kalangan rakyat Syria berdasarkan misi mencapai persetujuan nasional dan bergerak ke hadapan dengan proses penyelesaian politik yang kompleks.

“Umat Islam di Syria diketahui sudah tinggal bersebelahan selama berabad-abad dengan penduduk Kristian, termasuk Patriarkat Ortodoks Yunani Antioch dan Seluruh Timur yang berpangkalan di Damsyik dan mempunyai hubungan rapat dengan Gereja Ortodoks Russia.

“Bagi Russia, adalah penting masa depan Syria ditentukan oleh rakyat Syria sendiri. Kami percaya hubungan persahabatan dan saling menghormati antara rakyat negara kita selama beberapa dekad akan terus berkembang secara membina,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kremlin memaklumkan, belum ada keputusan muktamad mengenai masa depan pangkalan tentera Russia di Syria, namun sudah berhubung dengan kepemimpinan baharu yang bertanggungjawab ke atas negara itu.

Empat pegawai Syria memberitahu, Russia mula menarik balik tenteranya dari barisan hadapan di utara Syria dan pos kawalan di Pergunungan Alawite sejak Sabtu lalu, tetapi tidak meninggalkan dua pangkalan utamanya. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya