Romania laksana semula pilihan raya - Utusan Malaysia

Romania laksana semula pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Rakyat Romania sekali lagi menjalankan tanggunggjawab sebagai pengundi bagi memilih Ahli Parlimen negara itu, dengan parti sayap kanan dijangka memenangi pilihan raya tersebut.

Perkembangan itu berpotensi membawa perubahan terhadap dasar luar negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu.

Romania dilanda kekalutan selepas mahkamah tertinggi negara itu mengarahkan pengiraan semula bagi pusingan pertama Pilihan Raya Presiden yang dimenangi oleh Calin Georgescu.

Beliau ialah seorang penyokong sayap kanan yang kurang dikenali dan mengagumi Presiden Russia, Vladimir Putin.

Walaupun terdapat tuduhan pengaruh Russia dan campur tangan melalui TikTok, pilihan raya Parlimen pada Ahad tetap berlangsung seperti dijadualkan.

Walaupun proses pengiraan lebih sembilan juta undi berjalan lancar, orang ramai berhimpun di jalanan di Bucharest bagi menzahirkan kebimbangan mereka terhadap perkembangan yang berlaku.

Pusat mengundi dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan dan ditutup pada pukul 9 malam.

Tuduhan mengenai ketidakaturan dan kemungkinan campur tangan dalam pilihan raya menimbulkan kebimbangan mengenai ketelusan proses pilihan raya, dengan pemerhati bebas tidak dibenarkan mengakses pengiraan semula tersebut.

Romania yang mempunyai 19 juta penduduk, berjaya menentang kebangkitan nasionalisme di rantau itu.

Namun, pemerhati politik berkata, negara itu kini berdepan situasi tanpa Presiden ekoran kemarahan terhadap inflasi yang melonjak dan ketakutan negara itu akan terlibat dalam perang Russia di Ukraine.

Landskap politik Romania dibentuk oleh dua parti utama selama tiga dekad yang lalu, tetapi penganalisis meramalkan Parlimen yang berpecah bakal terbentuk selepas sesi pengundian, yang mempengaruhi peluang pembentukan kerajaan pada masa depan.

Kajian menunjukkan tiga parti sayap kanan dijangka meraih lebih 30 peratus daripada jumlah undian secara keseluruhan.

Antaranya ialah Parti AUR, yang dipimpin oleh George Simion yang meraih hampir 14 peratus undian pada pilihan raya presiden, mendahului dengan lebih 22 peratus dalam tinjauan terkini.

Parti Pemuda (POT), yang ditubuhkan pada 2023 dan menyokong Georgescu, dijangka melepasi lima peratus untuk memasuki Parlimen , selain parti ekstrem kanan SOS Romania yang dipimpin oleh Diana Sosoaca. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya