RM10 juta naik taraf Hutan Bandar Johor Bahru sempena Tahun Melawat Johor 2026

RM10 juta naik taraf Hutan Bandar Johor Bahru sempena Tahun Melawat Johor 2026

MOHD. Jafni Md. Shukor (kanan) melihat pelan Hutan Bandar Johor Bahru, di sini sebelum kerja-kerja naik taraf dibuat sebagai persediaan sambutan Tahun Melawat Johor 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tapak rekreasi Hutan Bandar Johor Bahru di sini akan dinaik taraf dengan peruntukan berjumlah RM10 juta dalam tempoh dua tahun, bermula tahun ini sebagai persediaan sambutan Tahun Melawat Johor 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, kerja-kerja naik taraf itu melibatkan tiga aspek iaitu bangunan, infrastruktur pejalan kaki dan kemudahan rekreasi.

Katanya, usaha itu bakal memberi nafas baharu kepada pusat rekreasi berkenaan yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah.

“Antara kemudahan yang akan dinaik taraf adalah pintu masuk utama, dewan terbuka, tandas, menara, chalet, laluan pejalan kaki, taman tema air serta empat set taman permainan bersepadu.

“Pembangunan ini dijangka siap menjelang Januari 2026 sempena Tahun Melawat Johor,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak rekreasi berkenaan, di sini.

Tambah Mohd. Jafni, tahun ini, kerajaan negeri telah selesai melakukan kerja-kerja naik taraf di Taman Tasik Merdeka di sini dengan peruntukan RM3 juta melibatkan tandas, kolam renang dan taman permainan kanak-kanak. 

“Bagi tahun 2025, RM2 juta diperuntuk untuk kerja-kerja pemulihan menara tinjau, gerbang pintu masuk, kawasan perniagaan, landskap serta pemasangan peralatan sukan lasak di kawasan berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya