Remaja maut kereta langgar pembahagi jalan berhampiran tol

Remaja maut kereta langgar pembahagi jalan berhampiran tol

KEADAAN kereta jenis Perodua Myvi yang remuk selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang remaja terbunuh manakala dua rakannya cedera selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan di sini, kira-kira pukul 9.44 pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Adam Mifdal Mohd. Affendy, 18, manakala rakannya yang mengalami kecederaan pula ialah Muhammad Amirul Johan Rizwal dan Muhammad Syahmi Mohd. Yusof; masing-masing berusia 18 dan 22 tahun.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memberitahu, tujuh anggota termasuk
seorang penyelia dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, dua daripada mangsa termasuk pemandu kereta telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam manakala seorang lagi mangsa masih tersepit di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

“Mangsa yang tersepit itu kemudian berjaya dikeluarkan, namun, disahkan telah meninggal dunia oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang berada di situ sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya