Rakyat Syria diseru kembali ke tanah air - Utusan Malaysia

Rakyat Syria diseru kembali ke tanah air

KONFLIK Syria berakhir kelmarin.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK : Perdana Menteri sementara Syria, Mohammad al-Bashir menyeru jutaan rakyat yang melarikan diri akibat peperangan untuk kembali ke tanah air.

Beliau menegaskan gabungan pimpinan Islam yang menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad akan menjamin hak setiap rakyat dan mazhab berasaskan prinsip Islam yang dianuti.

“Sebagai negara Islam, kami akan menjamin hak semua rakyat dan semua mazhab di Syria.

“Syria kini adalah negara merdeka yang telah memperoleh harga diri dan maruahnya. Kembalilah,” kata Bashir dalam wawancara dengan akhbar Itali, Corriere della Sera.

Bashar yang melarikan diri selepas serangan kilat yang dipimpin oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dan sekutunya, menandakan berakhirnya pemerintahan diktator selama lima dekad oleh keluarganya.

Rakyat Syria di seluruh negara dan dunia meraikan kejatuhan pemerintahan kejam itu, yang selama ini menyaksikan sesiapa sahaja yang disyaki menentang kerajaan berdepan hukuman penjara atau kematian.

Pemerintah baharu Syria kini berusaha meyakinkan masyarakat minoriti, agama mereka tidak akan ditindas.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa supaya peralihan kuasa ini dilakukan secara inklusif bagi mengelak konflik baharu.

Sementara itu, beberapa kerajaan Barat, termasuk Jerman dan Perancis, mengingatkan negara-negara jiran Syria agar tidak mencetuskan ketegangan baharu yang boleh mengancam kestabilan negara itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya