BERLIN: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini dan menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh pilihan raya umum awal. Langkah itu diambil berikutan kejatuhan Kerajaan Canselor, Olaf Scholz bulan lalu, yang runtuh akibat konflik dalaman mengenai cara untuk menghidupkan semula ekonomi terbesar di Eropah itu. Kekacauan politik ini semakin rumit dengan insiden serangan kereta di Pasar Krismas minggu lalu, yang membangkitkan semula perdebatan mengenai keselamatan dan imigresen di negara tersebut. Steinmeier, dalam pengumumannya, menekankan keperluan untuk ‘kestabilan politik’ di Jerman dan menggesa agar pilihan raya yang akan datang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya