Polis Moscow serbu kelab gay, aktivis LGBT diberkas

Polis Moscow serbu kelab gay, aktivis LGBT diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW : Polis Moscow menyerbu beberapa bar dan menahan pengarah sebuah agensi perjalanan gay di bawah undang-undang yang menjenayahkan ‘propaganda LGBT’, lapor media negara.

Serbuan itu berlaku pada ulang tahun pertama Mahkamah Agung Russia mengharamkan ‘pergerakan LGBT antarabangsa’, yang membuka jalan untuk penahanan dan pendakwaan terhadap komuniti LGBTQ negara itu.

Menurut agensi berita negara TASS, pasukan keselamatan Russia menyerbu sekurang-kurangnya tiga bar dan kelab malam pada waktu malam sebagai sebahagian daripada ‘langkah untuk memerangi propaganda LGBT’.

Rakaman media sosial dari kelab malam Arma, yang dahulunya dikenali sebagai Mutabor, menunjukkan pengunjung kelab duduk di lantai tari, sementara polis rusuhan berjalan memberikan arahan.

Rakaman lain menunjukkan orang ramai dibawa keluar dari kelab gay Mono di Moscow dengan tangan mereka di atas kepala, sebelum menaiki sebuah van polis yang diparkir di luar.

Kementerian Dalam Negeri turut melaporkan polis menyerbu sebuah kelab malam tanpa nama di Jalan Skladochnaya yang didakwa ‘menyebarkan ideologi pergerakan LGBT yang telah diharamkan’.

Polis juga menahan Pengarah sebuah agensi perjalanan untuk lelaki gay atas tuduhan ‘mengatur lawatan untuk ahli komuniti LGBT’.
Pengarah agensi ‘Men Travel’, yang berusia 48 tahun, disyaki ‘menyediakan percutian untuk penyokong nilai seksual bukan tradisional ke Mesir untuk percutian Tahun Baru’, lapor TASS.

Kremlin telah meningkatkan retorik konservatifnya sejak melancarkan serangan ketenteraan ke atas Ukraine hampir tiga tahun lalu, dengan menjadikan konflik itu sebagai medan perjuangan menentang Barat dan nilai-nilai mereka.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa negara itu sedang melancarkan penindasan terhadap komuniti LGBTQ yang menyaksikan pemilik kelab gay ditahan dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam mempromosikan fahaman tersebut bakal didakwa di mahkamah. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya