Perjanjian pertahanan Russia, Korea Utara berkuat kuasa

Perjanjian pertahanan Russia, Korea Utara berkuat kuasa

TENTERA Korea Utara mengambil bahagian dalam sesi raptai selepas pertandingan latihan antara gabungan pasukan kru kereta kebal Tentera Rakyat Korea di lokasi yang tidak didedahkan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pakatan pertahanan penting antara Korea Utara dan Russia yang ditandatangani oleh para pemimpinnya Jun lalu, berkuatkuasa selepas kedua-dua pihak bertukar dokumen pengesahan.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani perjanjian perkongsian strategik semasa lawatan Putin ke Pyongyang.

Perjanjian itu berkuat kuasa mulai Rabu, apabila dokumen ratifikasi ditukar di Moscow oleh Naib Menteri Luar, Kim Jong-gyu dan Andrei Rudenko.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA melaporkan pembentukan perjanjian itu dibuat ketika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menuduh Korea Utara menghantar lebih 10,000 askar bagi membantu Russia berperang dengan Ukraine.

Pakar berkata, Jong-un berminat untuk memperoleh teknologi canggih dari Moscow dan pengalaman pertempuran untuk tenteranya sebagai balasan.

Jelasnya, kedua-dua negara wajib memberikan bantuan ketenteraan ‘tanpa berlengah-lengah’ dalam kes serangan terhadap yang lain, serta bersatu menentang sekatan Barat.

Penggubal undang-undang di Moscow, bulan lalu, mengundi sebulat suara untuk perjanjian itu yang kemudian ditandatangani oleh Putin.

Pyongyang berkata, ia telah disahkan oleh dekri daripada Jong-un.

Perjanjian itu akan berfungsi sebagai daya penggerak yang kuat bagi mempercepatkan penubuhan tatanan dunia yang bebas dan berbilang kutub tanpa dominasi, penaklukan dan hegemoni.

Penganalisis mencadangkan Pyongyang boleh menggunakan Ukraine sebagai cara untuk menyelaraskan semula dasar luarnya.

Dengan menghantar tentera, Korea Utara meletakkan dirinya dalam ekonomi perang Russia sebagai pembekal senjata, sokongan ketenteraan dan buruh.

Korea Utara malah berpotensi memintas sekutu tradisional, jiran dan rakan dagang utama China.

Korea Utara dan Russia mengukuhkan hubungan ketenteraan sejak pencerobohan Moscow terhadap Ukraine, pada Februari 2022.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya