Perdana Menteri Kanada didesak letak jawatan - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Kanada didesak letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Sokongan terhadap Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dilihat semakin goyah apabila puluhan ahli Parlimen dari parti Liberal mendesak beliau meletakkan jawatan.

Desakan untuk Trudeau berundur diberitahu oleh Ahli Parlimen Ottawa, Chandra Arya kepada penyiar awam CBC.

Arya ditemu bual sehari selepas Ahli Parlimen Liberal dari wilayah Ontario mengadakan mesyuarat yang membincangkan masa depan Trudeau.

Beberapa media, termasuk CBC dan Toronto Star melaporkan lebih 50 daripada 75 Ahli Parlimen Liberal dari Ontario yang hadir pada mesyuarat Sabtu lalu, dengan menyatakan mereka tidak lagi menyokong Trudeau.

Apabila ditanya mengenai laporan tersebut, Arya berkata ‘majoriti kaukus berpendapat sudah tiba masanya Perdana Menteri untuk berundur.’

Ahli Parlimen Liberal dari wilayah Quebec, Anthony Housefather memberitahu CBC ‘Perdana Menteri perlu berundur’.

“Kami berada dalam keadaan mustahil jika dia masih kekal,” kata Housefather yang menjangka parti itu akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya yang akan menjadi satu referendum mengenai kepemimpinan Trudeau.

Trudeau telah berbincang dengan penasihatnya untuk memikirkan masa depannya menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan lebih awal daripada yang dijadualkan pada Oktober 2025.

Kabinet Trudeau makin goyah apabila Timbalannya, Chrystia Freeland meletakkan jawatan secara mengejut selepas bertelagah mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang akan mengenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada.

Keputusan Freeland untuk meletakkan jawatan selepas hampir satu dekad bersama Trudeau, menandakan penentangan terbuka pertamanya terhadap Perdana Menteri dari Kabinetnya sendiri.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya