KUALA LUMPUR: Tambang bas sekolah dijangka meningkat antara RM10 hingga RM20 menjelang sesi persekolahan tahun hadapan. Peningkatan itu disebabkan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi, termasuk harga alat ganti serta pelaksanaan kadar gaji minimum baharu. Setiausaha Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah, Sakilah Yaani berkata, langkah menaikkan yuran ini merupakan langkah terakhir terpaksa diambil pengusaha bas sekolah. “Kenaikan kos alat ganti kenderaan, terutamanya tayar dan minyak pelincir, memberi tekanan kepada pengusaha. “Kami juga perlu mematuhi kadar gaji minimum baharu yang akan dikuatkuasakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Menurut Sakilah, ramai pengusaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya