Penglihatan Elton John masih terjejas selepas jangkitan - Utusan Malaysia

Penglihatan Elton John masih terjejas selepas jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penglihatan penyanyi, Elton John, belum pulih sepenuhnya selepas mengalami jangkitan sejak September lalu.

Bercakap kepada Abc News, penyanyi bertaraf legenda berkenaan memaklumkan disebabkan masalah itu, beliau sebelum ini terpaksa melepaskan peluang menonton pementasan The Devil Wears Prada di London.

“Saya tidak dapat menontonnya, tetapi sudah lama berkeinginan untuk menyaksikannya. Dan malam ini saya hadir. Muziknya kedengaran sangat bagus,” kata Elton selaku pencipta skor muzik untuk pementasan tersebut.

Penyanyi berusia 77 tahun itu pada September lepas mendedahkan mengalamai jangkitan pada sebelah matanya.

Elton yang memaklumkan perkara itu di Instagram berkata buat sementara waktu, beliau hanya dapat melihat dengan sebelah mata sahaja.

“Saya sedang pulih, tetapi prosesnya amat perlahan.

“Ia akan mengambil masa yang lama sebelum mata saya sepenuhnya pulih,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya