Pendedahan kartel padi, beras diumum tahun depan

Pendedahan kartel padi, beras diumum tahun depan

MOHAMAD Sabu dalam sidang akhbar Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Cadangan Pembangunan Insfrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan MADA di Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Laporan kajian berkenaan kartel padi dan beras dalam peringkat paling akhir sebelum dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seawal tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beberapa program atau pendekatan baharu berkaitan yang melibatkan kementeriannya akan turut diumumkan selepas ini.

“Sekarang ini di peringkat paling intensif dibuat kajian itu. Insya-Allah (di peringkat KPKM) Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) mengepalai program itu, yang terdekat kita akan umumkan program-program baharu ini.

“Kalau saya umum sekarang bocor nanti KSU marah. Awal tahun depan akan diumumkan,” katanya mengenai perkembangan pendedahan kartel padi dan beras pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Cadangan Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Awal November lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr. Fuziah Salleh berkata, beliau sudah meneliti laporan kajian kartel padi dan beras yang disiapkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Menurutnya, laporan berkenaan yang sudah disiapkan akan diumumkan oleh Perdana Menteri setelah beliau mengeluarkan arahan untuk dibuat siasatan ke atas kartel terbabit.

Fuziah sebelum ini memberi bayangan kartel itu berkemungkinan termasuk penyalahgunaan kedudukan dominan mana-mana syarikat yang mengawal bekalan benih, import serta sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya