Pemberontak rampas markas utama dari tentera Myanmar

Pemberontak rampas markas utama dari tentera Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Kumpulan pemberontak etnik Myanmar, Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) mengesahkan kejayaan merampas semula markas utama mereka, Manerplaw, daripada tentera Myanmar selepas hampir 30 tahun kehilangan kawalan di kawasan itu.

Ketua KNU, Saw Thamain Tun berkata, markas di sempadan Thailand itu berjaya dikuasai selepas beberapa hari berlangsung pertempuran sengit.

“Tentera junta masih berusaha merampasnya kembali dengan menggunakan dron serta cuba mengebom pasukan kami. Namun, pasukan kami sudah menguasai markas tersebut.” katanya kepada AFP.

Manerplaw, yang pernah menjadi pusat pergerakan bersenjata KNU bagi memperjuangkan hak minoriti etnik Karen, turut menjadi tempat berlindung bagi ahli politik pembangkang yang menentang junta Myanmar ketika itu.

Pada 1995, markas tersebut jatuh ke tangan junta selepas berlaku perpecahan dalam KNU, yang majoritinya beragama Kristian, apabila satu kumpulan pecahan beragama Buddha berpaling tadah.

Selepas kejatuhan Manerplaw, kawasan itu dinamakan semula sebagai negeri Kayin oleh junta Myanmar dan diserahkan kepada pertubuhan bersenjata sekutu mereka, Pertubuhan Demokratik Buddha Kayin (DKBA).

Sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, KNU sering bertempur dengan junta dan turut memberikan perlindungan serta latihan kepada pihak penentang lain yang mahu menggulingkan pemerintahan tentera.

“Manerplaw adalah lokasi bersejarah bagi etnik Karen. 

“Kami perlu membangunkan semula kawasan tersebut untuk menghormati pengorbanan mereka,” kata Saw Thamain Tun, yang menyatakan terdapat lebih 100 pejuang mereka disemadikan di kawasan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya