PHUKET: Pelancong di Pantai Kata di Phuket digemparkan dengan kemunculan seekor ular tedung yang dikesan menjalar di kawasan berhampiran pantai, semalam.
Insiden itu sempat dirakam dan tular dalam media sosial sehingga menimbulkan kegusaran.
Rakaman video itu menunjukkan pelancong di pantai berkenaan dalam keadaan panik apabila melihat seekor ular menjalar di sepanjang pantai.
Di tengah-tengah kekecohan itu, muncul seorang pemuda yang berani sambil dibantu oleh pelancong lain, yang melangkah ke hadapan untuk menangkap ular itu.
Mereka berjaya menangkap reptilia itu dan meletakkan dalam beg plastik sebelum diikat dengan tali bagi memastikan ia tidak menimbulkan ancaman.
Kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan. -THAIGER