Pelajar universiti didenda ceroboh masuk sekolah

Pelajar universiti didenda ceroboh masuk sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar universiti swasta didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki kad akses dan menceroboh sebuah sekolah antarabangsa tanpa sebab munasabah, bulan lalu.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohammed Zayed Taher,19, warganegara Bangladesh,  mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama lima hari. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki kad akses sekolah Garden International School (GIS) yang mana tertuduh gagal memberikan keterangan munasabah bagaimana dia memilikinya kad terbabit untuk masuk ke premis itu di Jalan Kiara pada pukul 12.55 tengahari, 29 November lalu.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-dua sekali. 

Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. 

“Demi kepentingan keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar perempuan, pihak pendakwaan mencadangkan mahkamah memberikan hukuman yang setimpal kepada tertuduh,” kata Amritpreet.

Bagaimanapun, Mohammed Zayed yang tidak diwakili peguam bela merayu supaya mahkamah memberikan hukuman berbentuk denda sahaja.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah ditangkap oleh pengadu yang juga pengetua sekolah itu, telah menceroboh masuk ke sekolah tersebut dengan menyamar  memakai pakaian sekolah. 

Pengetua sekolah itu menyatakan kebimbangan kerana wujud elemen dandanan dalam talian (online grooming) melibatkan suspek dan pelajar perempuan di sekolahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya