Pearly-Thinaah gagal lepasi halangan pertama

Pearly-Thinaah gagal lepasi halangan pertama

PEARLY Tan-M. Thinaah tewas kepada pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-13, 17-21, 18-21 pada aksi Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan saingan sengit, namun gagal menundukkan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada aksi Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Meskipun bermula dengan kemenangan pada set pertama, Pearly-Thinaah terpaksa bertarung dalam pertarungan tiga set sebelum akur kalah kepada pasangan No.4 dunia itu, 21-13, 17-21, 18-21 dalam tempoh 74 minit.

Rekod pertemuan pada awalnya memihak pasangan Jepun itu, yang telah memenangi 10 daripada 11 pertemuan mereka sebelum ini, dengan satu-satunya kemenangan Pearly-Thinaah hadir di Terbuka Perancis 2022.

“Ia bukan mudah bermain menentang mereka. Kami mempunyai kelebihan dalam beberapa situasi tetapi tidak berjaya memanfaatkannya sepenuhnya.

“Kami mendahului dengan baik di set kedua tetapi gagal mengekalkannya. Mereka bermain dengan cukup baik,” kata Thinaah kepada BWF sejurus tamat perlawanan.

Pasangan Malaysia itu kini berdepan misi wajib menang apabila bertemu wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand, esok untuk mengekalkan peluang mara ke separuh akhir.

Terdahulu, pasangan India itu tumpas selepas bermandi peluh kepada gandingan No.1 dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 20-22, 22-20, 21-14 dalam tempoh 82 minit

Hanya dua pasangan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan separuh akhir dalam kejohanan terakhir musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya