PDI-P pecat Jokowi, anak dan menantu - Utusan Malaysia

PDI-P pecat Jokowi, anak dan menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan pemecatan Presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo (Jokowi).

Pemecatan tersebut turut melibatkan anaknya, Gibran Rakabuming Raka serta menantunya, Bobby Nasution.

Pengumuman itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Indonesia, khususnya di platform media sosial.

Di laman X, berita berkenaan mendapat lebih 800 tanda suka daripada pengguna lain dan mengundang pelbagai komen terhadap Jokowi yang pernah menjadi figura penting dalam parti berkenaan.

Setakat ini, PDIP belum memberikan penjelasan lanjut mengenai sebab pemecatan tersebut, namun spekulasi terus berlegar mengenai keretakan hubungan antara Jokowi dan kepemimpinan parti yang diketuai Megawati Soekarnoputri itu.

Gibran Rakabuming, yang kini menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Indonesia, dan Bobby Nasution, yang bertanding sebagai calon Gabenor Sumatera Utara, masing-masing merupakan figura muda dalam politik Indonesia yang sering dikaitkan dengan pengaruh Jokowi.

Kisah pemecatan ini dijangka terus menarik perhatian rakyat dan pemerhati politik Indonesia yang melihat perkembangan tersebut sebagai titik perubahan besar dalam landskap politik tanah air. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya