PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza

PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK : Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Resolusi yang disokong oleh 158 negara, ditentang sembilan negara dan 13 negara lain berkecuali, turut menuntut pembebasan segera semua tebusan.

AS yang kerap melindungi sekutunya, Israel, menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan dengan alasan sebarang gencatan senjata perlu bersyarat kepada pembebasan semua tebusan di Gaza.

Wakil Timbalan Duta AS ke PBB, Robert Wood mengulangi pendirian Washington dengan menyatakan meluluskan resolusi tersebut adalah memalukan dan salah.

Duta Israel ke PBB, Danny Danon pula menyifatkan resolusi itu sebagai tidak masuk akal.

“Pengundian hari ini bukan undian untuk belas kasihan tetapi undian untuk bersekongkol,” katanya lagi.

Resolusi tersebut juga menuntut akses segera kepada bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, terutamanya di utara wilayah yang dikepung itu.

Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza, serangan balas Israel sejak Oktober 2023 meragut lebih 44,805 nyawa, kebanyakannya orang awam.

Sementara itu, dalam satu lagi resolusi, Perhimpunan Agung mendesak Israel agar menghormati mandat agensi bantuan PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) dan membenarkan ia meneruskan operasi.

Resolusi tersebut diluluskan dengan 159 undian menyokong, sembilan menentang dan 11 berkecuali.

Israel bagaimanapun meluluskan larangan operasi UNRWA bermula 28 Januari depan, dengan alasan beberapa kakitangan agensi itu didakwa terlibat dalam serangan Hamas. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya