PBB kecam serangan terhadap kem pelarian Darfur

PBB kecam serangan terhadap kem pelarian Darfur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARFUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan terhadap kem pemindahan di Darfur Utara oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera Sudan, yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang.

Penyelaras Penduduk PBB untuk Sudan, Clementine Nkweta-Salami berkata, Kem Zamzam yang dilanda kebuluran, di selatan ibu negeri El-Fasher, diserang roket dan artileri oleh RSF, Ahad lalu.

“PBB dan rakan kemanusiaan di Sudan mengecam sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah ini.

“Saya amat prihatin dengan laporan mengenai serangan sewenang-wenangnya ke atas kem Zamzam, klinik kesihatan dan tempat perlindungan penduduk yang dipindahkan. Perlindungan mereka adalah perkara yang terpenting,” katanya. 

Sejak April tahun lalu, perang antara anggota tentera dan RSF mengorbankan berpuluh-puluh ribu orang, menyebabkan lebih 11 juta orang kehilangan tempat tinggal dan mencipta krisis kemanusiaan terburuk, baru-baru ini.

El-Fasher telah dikepung oleh anggota separa tentera selama berbulan-bulan, melumpuhkan operasi bantuan dan menghancurkan kem Zamzam, yang menempatkan setengah juta orang yang berada dalam kebuluran.

Menurut PBB, keadaan semakin teruk sehingga keluarga di sebuah kem pelarian seperti Zamzam terpaksa memakan kulit kacang tanah untuk terus hidup. 

Kekurangan zat makanan sangat meruncing terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, dengan ramai yang mati akibat kebuluran.

Pengepungan di El-Fasher, yang berlangsung selama 232 hari telah menyumbang kepada situasi yang teruk ini.

Bandar di utara Darfur ini telah terkepung, menyebabkan kesukaran untuk menghantar bantuan dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan.-AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya