Pasukan Khas Korea Selatan dedahkan diarah serbu Parlimen

Pasukan Khas Korea Selatan dedahkan diarah serbu Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Komander Pasukan Khas Korea Selatan mendedahkan serbuan di Parlimen semasa pengisytiharan undang-undang tentera minggu lalu, dilakukan atas arahan untuk menghalang undian pembatalan darurat.

Komander Kumpulan Misi Khas 707 Korea Selatan, Kolonel Kim Hyun-tae mengaku mengambil tanggungjawab penuh terhadap serbuan tentera di Parlimen dan menjelaskan bertindak di bawah arahan Menteri Pertahanan.

“Kami semua adalah mangsa yang digunakan oleh bekas Menteri Pertahanan, Kim Yong-hyun.

“Anggota pasukan itu tidak bersalah. Kesalahan mereka hanyalah mematuhi arahan komander mereka,” kata Kim dengan nada sebak sambil menahan air mata.

Bekas Menteri Pertahanan ditahan kerana peranannya dalam mengisytiharkan undang-undang tentera dan mengarahkan kerahan tentera ke Parlimen, yang didalangi Presiden Yoon Suk-yeol.

Suk-yeol kini disiasat dengan dakwaan jenayah selepas mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu, tetapi membatalkannya beberapa jam kemudian apabila Parlimen menentang perintah itu.

Beliau terselamat daripada undian pemecatan di Parlimen pada Sabtu lalu, yang menjerumuskan Korea Selatan ke dalam krisis Perlembagaan.

Sebelum undian berlangsung, Suk-yeol mendakwa menyerahkan nasibnya kepada parti pemerintah, tetapi berkeras untuk tidak menawarkan diri meletak jawatan.

Pemimpin Parti Kuasa Rakyat (PPP), Han Dong-hoon berkata, Yoon akan dikecualikan daripada urusan luar negara dan parti itu serta Perdana Menteri, Han Duck-soo akan menguruskan hal ehwal kerajaan.

Speaker Dewan Negara, Woo Won-shik berkata, keputusan mewakilkan kuasa Presiden melanggar perlembagaan, kecuali jika Yoon dicabar.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya