Pasangan gay dipenjara 100 tahun, liwat dua anak angkat

Pasangan gay dipenjara 100 tahun, liwat dua anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Dua lelaki dari Georgia akan menghabiskan sisa hidup mereka di penjara selepas disabitkan kesalahan melakukan penderaan seksual terhadap dua anak angkat lelaki mereka.

Kedua-dua tertuduh, William dan Zachary Zulock, dijatuhkan hukuman penjara 100 tahun setiap seorang tanpa peluang parol, lapor The New York Post yang memetik kenyataan Pejabat Peguam Daerah Walton County.

Sebelum ini, kedua-dua suspek tersebut yang berusia 34 dan 36 tahun mengambil dua beradik lelaki sebagai anak angkat, yang kini berumur 12 dan 10 tahun, dari sebuah agensi yang menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

Kanak-kanak itu dibesarkan oleh pasangan gay tersebut yang berselindung di sebalik kehidupan mewah dan bahagia di pinggir bandar Atlanta.

Zachary bekerja dalam sektor perbankan, manakala William berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua suspek memaksa adik-beradik itu melakukan hubungan seks dengan mereka secara kerap, selain merakam aksi sumbang itu bagi tujuan kandungan pornografi pedofilia.

Pasangan itu malah berbangga dengan aksi penderaan tersebut dan berkongsi kepada beberapa rakan komuniti mereka.

Seorang rakan pasangan itu memberitahu polis, Zachary pernah berkongsi imej salah seorang budak lelaki yang didera di Snapchat dan memberitahu akan melakukan seks dengannya.

Mereka malah menggunakan platform media sosial untuk melacurkan dua beradik itu kepada dua lelaki dalam rangkaian seks pedofilia tempatan.

Pasangan itu ditangkap selepas polis menahan individu yang didakwa merupakan ahli rangkaian itu yang memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dan kemudian memberitahu penyiasat bagaimana William dan Zachary membuat video lucah dengan dua anak angkat lelaki yang tinggal di rumah mereka.

Di mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kanak-kanak secara melampau serta eksploitasi seksual kanak-kanak.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya