Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden Korea Selatan

Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL : Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.  

Ini berikutan keputusan kontroversi Suk Yeol yang mengisytiharkan undang-undang tentera yang mencetuskan kemarahan rakyat dan krisis politik negara.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa saat sebelum Suk Yeol menyampaikan ucapan penuh keyakinan, mempertahankan keputusannya dan menolak desakan pelbagai pihak supaya meletakkan jawatan.

Pada mulanya, PPP enggan menyokong usul pemecatan dan memilih untuk mendesak Yoon berundur secara sukarela. 

Namun, Ketua PPP, Han Dong-hoon berkata, usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

“Kami cuba mencari jalan penyelesaian yang lebih baik daripada pemecatan, tetapi usaha itu menemukan jalan buntu. 

“Menggantikan Presiden melalui pemecatan adalah satu-satunya cara bagi mempertahankan demokrasi dan republik ini,” katanya.

Parti pembangkang utama, Parti Demokratik, kini sedang menyediakan usul pemecatan baharu yang dijangka akan dibawa ke undian seawal Sabtu ini. 

Sebelum ini, Yoon terselamat daripada usul pemecatan minggu lalu, apabila anggota PPP memboikot undian tersebut.

Namun, dengan perubahan pendirian PPP, Dong-hoon menegaskan ahli Parlimen parti itu kini bebas mengundi berdasarkan kepercayaan dan hati nurani.

Keputusan Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu, dengan menuduh pembangkang terlibat dalam aktiviti anti-negara dan bersimpati dengan Korea Utara, mencetuskan kejutan dan kemarahan rakyat.

Polis kini sedang menyiasat Suk Yeol dan pegawai atasan lain atas tuduhan pengkhianatan. 

Selasa lalu, satu usul khas diluluskan untuk menyiasat sama ada Suk Yeol melakukan pemberontakan dan menyalahgunakan kuasa dengan mengisytiharkan undang-undang tentera. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya