PARLIMEN: SPNB dapat geran RM1.68 bilion untuk RMR

PARLIMEN: SPNB dapat geran RM1.68 bilion untuk RMR

AIMAN Athirah Sabu - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan geran kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebanyak RM1.68 bilion bagi melaksanakan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan kebolehlaksanaan sebanyak 20,328 unit rumah dari 2020 hingga tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, geran tersebut bagi memenuhi keperluan rakyat yang berpendapatan rendah melalui program bantuan RMR.

Menurut beliau, sebanyak 19,417 unit rumah RMR dari keseluruhan jumlah tersebut sudah siap dibina.

Jelasnya, 613 unit rumah RMR sedang dalam pembinaan dan 218 baki unit rumah sudah diluluskan untuk pembinaan.

“Kaedah pelaksanaan program RMR ini adalah dengan pemberian subsidi sebanyak RM20,000 daripada kerajaan bagi setiap unit RMR manakala baki kos selebihnya (iaitu) anggaran dari RM55,000 akan dibiayai oleh pemohon sendiri secara pinjaman tanpa faedah melalui SPNB.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited dan giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat mendapat akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki sama ada di Semenanjung, Sabah mahu pun Sarawak,” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ali Biju (PN-Saratok) yang memintanya menyatakan jumlah permohonan, kelulusan dan senarai pelaksanaan RMR.

RMR membolehkan rakyat yang berpendapatan bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah untuk membina rumah di atas tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran.

Menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH-Bentong), Aiman Athirah berkata, SPNB mengambil kira keperluan-keperluan ruang bagi penghuni dengan merujuk kepada standard yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan atau CIS 26:2019.

“Standard ini dibangunkan mengikut akta dan standard yang mengambil kira beberapa akta orang kurang Upaya (OKU) sebagai contoh dan garis panduan perancangan pembangunan sejagat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya