MVV City bakal cetus transformasi ekonomi negara - Utusan Malaysia

MVV City bakal cetus transformasi ekonomi negara

MVV City bakal cetus transformasi negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) melakar sejarah baharu pembangunan negara dengan berlangsungnya secara rasmi majlis pecah tanah projek perdananya, MVV City hari ini.

Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, MVV City merupakan langkah pertama ke arah membangunkan sebuah bandar yang pintar dan dijangka berupaya mengubah landskap ekonomi negara.

“Projek ini adalah permulaan kepada transformasi besar yang akan menjadikan Negeri Sembilan tumpuan utama pelabur,” katanya.

Menurut beliau, projek MVV City meliputi kawasan seluas 8,796 ekar dengan fasa pertama pembangunan melibatkan kawasan 2,382 ekar dan pelaburan awal sebanyak RM15 bilion.

“Kami komited untuk memastikan pembangunan ini berjalan lancar dan membawa manfaat untuk jangka masa yang panjang,” jelasnya.

Memacu metropolis pintar berkelas, MVV City hidupkan kembali
Malaysia Vision Valley

Menurut beliau, setakat ini Matrix Concepts memegang 85 peratus kepentingan dalam projek dan sedang bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sembilan untuk merealisasikan projek ini sebagai model kerjasama awam-swasta yang berjaya.

“Kerjasama ini membuktikan bahawa visi besar dapat dicapai melalui sokongan kukuh semua pihak,” jelas beliau.

MVV 2.0 ini juga dijangka mencatatkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 trilion, menjadikannya salah satu projek pembangunan terbesar di Malaysia.

“Ini bukan sahaja pelaburan ekonomi, tetapi juga peluang untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya lagi.

Projek ini turut mendapat perhatian pelabur antarabangsa, khususnya dari China, selaras dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative).

“Kedudukan strategik Malaysia menjadikan kita sebagai pilihan utama pelabur global,” katanya.

Selain mencipta peluang pekerjaan dan menarik pelaburan, MVV City juga dijangka menjadi hab teknologi, perumahan dan industri masa hadapan.

 

 

 

“Kami mahu membina sebuah bandar yang berdaya tahan dan berinovasi untuk keperluan generasi akan datang.

“Majlis pecah tanah ini menandakan pelancaran rasmi MVV 2.0 dan bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi Negeri Sembilan serta seluruh negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN