Megat buat laporan SPRM terhadap Shapawi

Megat buat laporan SPRM terhadap Shapawi

MEGAT bersama laporan SPRM yang dibuatnya. - Ihsan Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan melanggar tata etika pemilihan ahli yang tidak sihat.

Dalam satu kenyataan, Shahriman berkata laporan tersebut dibuat terhadap dua individu iaitu Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Pengarah Bahagian Para Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Sofian Hamzah.

“Saya membuat aduan kepada SPRM untuk membuka kertas siasatan terhadap dua individu tersebut bagi melindungi kepentingan dan kedaulatan, kesucian MPM daripada unsur-unsur rasuah, perkara-perkara negatif atau tidak sihat yang boleh memberi risiko kepada badan induk sukan para negara.

“Ini juga untuk memastikan ahli gabungan tidak bergelumang atau tidak terbabit dengan jenayah rasuah di mana setiap persatuan sukan kebangsaan adalah entiti awam.

“Saya serahkan perkara ini kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut dan tidak kompromi berkaitan dengan rasuah,” katanya.

Tindakan tersebut pastinya menghangatkan lagi pemilihan badan induk itu sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi penggal 2024-2029 di Kompleks Sukan Paralimpik Kampung Pandan, esok.

Megat mengesahkan dia akan mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sejak 2019, semalam dan bakal dicabar oleh Shapawi selepas menawarkan diri untuk bertanding pada 6 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya