GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan mayat tebusan, Itay Svirsky ditemukan di Semenanjung Gaza.
Svirsky, yang diculik semasa serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober, tahun lalu, dan didakwa kononnya dibunuh semasa dalam tahanan pada Januari lalu, dibawa kembali melalui operasi khas yang dijalankan oleh agensi keselamatan dalaman Israel, Shin Bet, dengan bantuan tentera.
Forum Tebusan dan Keluarga yang Hilang, sebuah kumpulan kempen bagi keluarga mangsa yang diculik ke Gaza, menyambut kepulangan mayat Svirsky tetapi menuntut pembebasan segera tebusan-tebusan lain yang masih hidup.
“Ahli keluarga masing menunggu tebusan lain selepas 425 hari menjadi tebusan.
“Banyak tebusan masih hidup tetapi dalam keadaan kritikal, yang memerlukan rawatan perubatan segera,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, tentera Israel mengeluarkan kenyataan mengenai siasatan mereka terhadap kematian mayat enam tebusan yang ditemukan, Ogos lalu.
Tentera Israel berkata, mangsa mungkin dibunuh berhampiran waktu serangan Israel, Februari lalu. -AFP