MAS bakal dapat jurulatih dari Denmark

MAS bakal dapat jurulatih dari Denmark

MARILYN CHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bakal mendapatkan khidmat dua jurulatih dalam masa terdekat bagi memantapkan skuad renang untuk mengharungi kejohanan sepanjang tahun hadapan dengan Sukan SEA Thailand bakal diadakan pada Disember 2025.

Naib Presiden MAS, Marilyn Chua berkata salah seorang daripada jurulatih tersebut dibawa masuk dari Denmark selepas menjalani proses temuduga dan pemilihan dibuat hasil perbincangan bersama badan induk itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kami bakal dapatkan jurulatih dari luar negara pada tahun ini dan sekarang dalam proses memuktamadkan visa malah kami berharap mendapatkan seorang lagi jurulatih warga tempatan untuk dibawa masuk pada tahun depan. Kami berharap mereka dapat memulakan tugas secepat mungkin kerana pasukan semakin besar.

“Kami akan (umumkan) tunggu selepas semuanya dimuktamadkan kerana visanya dalam proses. Harap semua berjalan lancar. Keputusan dibuat hasil perbincangan MAS, Pengarah Teknikal Renang (Megan Oesting) dan MSN,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama MSN di Bukit Jalil, hari ini.

Sementara itu, Marilyn turut memaklumkan perenang muda Kuala Lumpur, Muhammad Dhuha Zulfikry dibawa masuk ke dalam Program Podium sepenuh masa manakala Chui Lai Kwan dan Hii Puong Wei untuk program separuh masa.

“Kita ada seorang perenang yang dinaikkan ke Podium dari skuad pelapis, iaitu Dhuha. Dia sudah menampilkan aksi cukup baik sepanjang tahun ini selain menepati kriteria yang diperlukan untuk Podium,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya