Manchester United 'kenduri' gol benam Everton

Manchester United ‘kenduri’ gol benam Everton

PEMAIN-Pemain Manchester United meraikan gol pertama dijaringkan oleh Marcus Rashford pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Stadium Old Trafford, malam ini.-IHSAN FB MAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Marcus Rashford dan Joshua Zirkzee mempamerkan sentuhan penyudah ‘sempurna’ ketika membantu Manchester United melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Everton di Old Trafford, sebentar tadi.

Perlawanan kedua dibawah kendalian Ruben Amorim dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) nyata berbeza berbanding ketika perlawanan pertama berdepan Ipswich Town yang berkesudahan 1-1.

Keputusan itu menyaksikan The Red Devils meraih kemenangan kedua berturut-turut di laman sendiri.

Pada aksi itu, United terpaksa menunggu sehingga minit ke-34 untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan Rashford dalam kotak penalti.

Tujuh minit kemudian, tiba giliran Zirkzee mencetak nama sebagai penjaring buat tuan rumah selepas memanfaatkan lorongan Bruno Fernandes.

United terus meningkatkan intensiti serangan dan hasilnya, Rashford sekali lagi merobek gawang Everton apabila meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-46 sekali gus memberi kegembiraan kepada penyokong United.

Menerusi satu serangan balas pantas, kerja keras Amad mengejar bola sebelum melakukan umpanan kepada Zirkzee disudahkan dengan baik bagi menewaskan penjaga gol Everton, Jordan Pickford buat kali keempat.

Dibawah kendalian Amorim yang memulakan tugas pertamanya pada 25 November lalu menyaksikan beliau telah mencatat satu seri dan dua menang sekali gus memberi harapan besar kepada penyokong United untuk melihat kebangkitan kelab berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya