Malaysia diundi satu kumpulan dengan Vietnam

Malaysia diundi satu kumpulan dengan Vietnam

MALAYSIA diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki pasukan yang bakal dihadapi oleh Harimau Malaya dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 akhirnya terjawab.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos dengan juara terdiri daripada enam kumpulan sahaja akan layak beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Mekanisme undian dibuat dengan kesemua 24 negara diletakkan dalam enam balang berasingan dan ditentukan berdasarkan kedudukan ranking dunia.

Malaysia diletakkan dalam balang kedua bersama-sama Filipina, Yaman, Hong Kong, Turkmenistan dan Afghanistan.

Pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2027 itu akan berlangsung bermula 25 Mac depan dan berakhir pada 31 Mac 2026 dengan format pertandingan timbal balik.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia pada tahun lalu yang menyaksikan Harimau Malaya dibimbing oleh bekas jurulatih, Kim Pan Gon menamatkan kempen di tangga tercorot Kumpulan E. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya