Malaysia bergelar juara dunia FIFAe

Malaysia bergelar juara dunia FIFAe

AHMAD Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe bersama trofi FIFAe. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad FAM eRimau mencatatkan sejarah apabila menjuarai permainan mobile eFootball dalam kejohanan FIFA ePiala Dunia yang berlangsung, semalam.

Diwakili oleh Ahmad Muhaimin, skuad FAM eRimau berjaya melakar dua kemenangan cemerlang dengan keputusan 3-0 pada perlawanan pertama dan 2-0 pada aksi kedua.

Ahmad Muhaimin, yang dikenali dengan nama Minbappe, mengalahkan wakil Maghribi, AN10_Tienes, di pentas akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

“Malaysia merupakan negara pertama dari Asia Tenggara yang berjaya menjuarai kejohanan berprestij ini,” ujar FAM dalam satu kenyataan.

FAM turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Muhaimin atas pencapaiannya yang membanggakan rakyat Malaysia.

“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar, atas bimbingan dan sokongan mereka.

“Rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan, kemenangan bersih di perlawanan akhir. Juara Dunia,” kata FAM dalam kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya