Lelaki maut selepas berurut di Thailand

Lelaki maut selepas berurut di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHUKET: Seorang warga Singapura yang bercuti di Phuket meninggal dunia selepas menjalani urutan badan yang panjang di pantai Patong di Phuket, Thailand.

Ketua Polis Patong, Chalermchai Hernsawad berkata, polis dimaklumkan oleh sebuah kedai urut pantai di Patong terdapat masalah melibatkan seorang pelancong Singapura, kira-kira pukul 11.03 malam (waktu tempatan) Sabtu lalu.

Katanya, mangsa, Lee Mun Tuck, 52, telah diberi urutan badan dengan sapuan minyak di pantai selama 45 minit.

Lelaki itu kemudian berehat selepas perkhidmatan tersebut, namun disedari sudah tidak bernyawa.

“Kedai urut itu menghubungi polis dan pegawai perubatan selepas mereka memberikan lelaki itu bantuan (CPR) tetapi dia sudah tidak bernafas,” katanya kepada Bangkok Post.

Chalermchai berkata, isteri Mun Tuck enggan membenarkan bedah siasat dan dilaporkan sudah membawa mayatnya pulang ke rumah untuk upacara keagamaan.

Kes itu merupakan kematian kedua pada hujung minggu melibatkan urutan.

Seorang penyanyi tradisional Thailand meninggal dunia, Ahad lalu, selepas mendapatkan tiga pusingan urutan badan, dua daripadanya di bahagian leher.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN