Lelaki ikat anjing sebelum lakukan aksi terkutuk - Utusan Malaysia

Lelaki ikat anjing sebelum lakukan aksi terkutuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARNATAKA : Seorang lelaki di daerah Ramanagara, Karnataka, India merogol seekor anjing jalanan, Sabtu lalu. 

Insiden itu mencetuskan kemarahan pencinta haiwan dan menjadi perbincangan hangat di India.

Menurut pihak polis, lelaki yang dikenali sebagai Basava ditangkap orang awam di Jalan Sathanur, berhampiran bandar Channapatna, ketika melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap seekor anjing yang diikat. 

Orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut segera bertindak dengan menangkap dan menyerahkan suspek kepada pihak berkuasa.  

“Suspek kini dalam tahanan dan siasatan sedang dijalankan,” kata jurucakap polis. 

Namun, polis belum membuka kes rasmi kerana tiada aduan dibuat oleh orang awam yang menyerahkan suspek.  

Kejadian ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pencinta haiwan, yang mendesak agar tindakan tegas diambil dan pihak polis sedang mempertimbangkan untuk membuka kes secara suo motu (tanpa aduan rasmi).  

Insiden ini bukanlah yang pertama melibatkan kekejaman terhadap haiwan di Karnataka. 

Baru-baru ini, seorang pemuda di daerah Chikkamagaluru ditangkap kerana cuba merogol seekor anjing jalanan dalam keadaan mabuk.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan menjadi tular dalam media sosial, yang akhirnya membawa kepada tindakan polis.

Pencinta haiwan menyeru pihak berkuasa agar memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi haiwan daripada sebarang bentuk kekejaman di masa hadapan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya