Lapan rakyat Palestin maut, puluhan cedera serangan udara Israel

Lapan rakyat Palestin maut, puluhan cedera dalam serangan udara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA : Sekurang-kurangnya lapan warga Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas dua serangan udara Israel menyasarkan kumpulan yang ditugaskan menjaga keselamatan trak bantuan ke Semenanjung Gaza semalam, menurut sumber perubatan.

Dalam serangan pertama di kawasan barat Bandar Rafah, selatan Gaza, lebih 30 orang dilaporkan cedera, dengan beberapa mangsa dalam keadaan kritikal dan petugas perubatan bimbang angka korban mungkin meningkat.

Di Bandar Khan Younis, satu lagi serangan udara Israel mengenai kumpulan lelaki yang bertugas menjaga penghantaran bantuan sehingga mencederakan beberapa daripada mereka.

Setakat ini, pihak tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

Serangan itu berlaku ketika Hamas berusaha mengawal keselamatan bagi trak bantuan yang sering menjadi sasaran kumpulan bersenjata di Gaza.

Tindakan itu menyebabkan Hamas menubuhkan pasukan khas bagi mengatasi ancaman tersebut.

Menurut sumber Hamas dan petugas perubatan, pasukan keselamatan yang diketuai Hamas telah membunuh lebih 20 anggota kumpulan bersenjata itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Dalam serangan lain di Bandar Gaza, sekurang-kurangnya enam penduduk terbunuh apabila sebuah rumah disasarkan oleh serangan udara Israel, menjadikan jumlah kematian keseluruhan pada Khamis kepada 14 orang.

Hamas melaporkan serangan Israel sejak perang tercetus pada 7 Oktober 2023, mengorbankan lebih 700 anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan trak bantuan.

Perang di Gaza bermula selepas serangan Hamas terhadap Israel pada Oktober 2023, yang menyebabkan 1,200 orang terkorban dan kira-kira 250 orang dijadikan tebusan, menurut pihak berkuasa Israel.

Sejak itu, tentera Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza, menyebabkan hampir seluruh penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal, serta mencetuskan kebuluran dan wabak penyakit yang meragut lebih 44,800 nyawa, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya