Korea Selatan kini negara masyarakat super tua - Utusan Malaysia

Korea Selatan kini negara masyarakat super tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan kini secara rasmi menjadi negara ‘masyarakat super tua’ apabila 20 peratus daripada populasinya berusia 65 tahun ke atas. 

Fenomena itu berpunca daripada kadar kelahiran yang amat rendah, sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan demografi negara itu.

Sebagai ekonomi keempat terbesar Asia, Korea Selatan mencatatkan kadar kelahiran hanya 0.7 anak bagi setiap wanita tahun lalu. 

Ia menjadi antara negara yang terendah di dunia dan jauh daripada kadar penggantian populasi sebanyak 2.1 yang diperlukan untuk mengekalkan jumlah penduduk semasa.

Ini bermakna, populasi negara tersebut bukan sahaja semakin tua tetapi juga menyusut dengan pantas.

“Individu yang berusia 65 tahun ke atas kini merangkumi 20 peratus daripada 51.2 juta penduduk berdaftar, iaitu kira-kira 10 juta orang,” menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri. 

Angka ini menempatkan Korea Selatan sebaris dengan negara seperti Jepun, Jerman dan Perancis sebagai ‘masyarakat super tua’.

Jumlah warga emas juga meningkat lebih dua kali ganda sejak 2008, ketika jumlahnya kurang daripada lima juta orang. 

Data turut menunjukkan lelaki membentuk 44 peratus daripada kumpulan usia 65 tahun ke atas.

Kerajaan membelanjakan berbilion dolar untuk menggalakkan kelahiran, termasuk menawarkan subsidi bagi pembekuan telur sebagai salah satu inisiatif. 

Namun, usaha itu gagal memberikan impak positif yang ketara.

Populasi Korea Selatan diunjurkan menurun 39 juta orang menjelang 2067, ketika umur median penduduk dijangka meningkat kepada 62 tahun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya