KL Sports City, Bukit Jalil bakal jadi pusat e-sukan

KL Sports City, Bukit Jalil bakal jadi pusat e-sukan

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh berkata tiada stadium baharu akan dibina sebaliknya satu daripada kemudahan di Kuala Lumpur (KL) Sports City, Bukit Jalil akan dijadikan pusat e-sukan.

Hannah menegaskan bahawa hasrat utama pembangunan ini adalah untuk menyokong e-sukan di Malaysia, termasuk membina pasukan wanita dan warga emas.

Tambahnya, pihak KBS juga sedang menumpukan kepada pembangunan atlet truatam di sekolah bagi menggalakkan lebih ramai kanak-kanak terlibat dalam e-sukan.

“Satu stadium di Bukit Jalil akan kita tukar bukan bina baharu dan bagi e-sukan, memang hasrat kita untuk membantu membina pasukan wanita . Ada juga pasukan warga emas telah ditubuhkan.

“Bukan dekat Axiata Arena, ia di KL Sports City dan Perbadanan Stadium Malaysia sedang mengusahakannya. Bagi kita masa saya tidak mahu umumkan dulu.

“ KBS turut memberi tumpuan kepada pembangunan atlet dari peringkat akar umbi. Kami ingin mempromosikan panduan yang sihat dan selamat untuk atlet muda, serta menekankan keseimbangan dalam kehidupan mereka,” kata Hannah kepada pemberita pada sidang akhbar Dana Sukan KBS Tahun 2025, di Menara KBS, semalam.

Sementara itu, Hannah berkata pihaknya diberikan peruntukan RM30 juta dan syarikat tidak lagi dibenarkan memohon Geran Padanan Sukan (GPS) bagi memberi ruang kepada persatuan-persatuan sukan untuk memohon lebih daripada sekali.

Beliau menjelaskan pemohon boleh mengemukakan permohonan beberapa kali, tetapi hanya satu kelulusan akan dipertimbangkan setiap jendela dan kelulusan seterusnya diberikan selepas laporan lengkap dan bayaran tuntutan terdahulu disempurnakan.

“Penyaluran GPS adalah secara bayaran balik (reimbursement) selepas program selesai, dengan pembiayaan sehingga 50 peratus kos keseluruhan atau maksimum RM1 juta (tertakluk terma dan syarat).

“Kita juga mahu FAM atau BAM memohon agar pertandingan yang mereka anjurkan mempunyai ranking untuk atlet kita,” katanya.
Selain daripada GPS, dua lagi insentif diperkenalkan KBS tahun depan adalah Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

“Pelaksanaan dana itu juga telah ditambah baik dari segi mekanisme dan terma rujukan permohonan berdasarkan maklum balas serta sambutan pada tahun 2024.

“Dana itu disasarkan bagi menyokong pelbagai aktiviti sukan yang melibatkan 103 jenis sukan seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“Pendekatan itu akan membantu meningkatkan budaya gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat dan memperkasakan industri sukan negara,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya