Kesilapan Haziq cukup 'mahal'

Kesilapan Haziq cukup ‘mahal’

HAZIQ Nadzli melakukan kesilapan yang membolehkan Thailand menjaringkan gol kemenangan dalam pertembungan di Stadium Rajamangala, kelmarin,-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesilapan penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli perlu dibayar dengan harga yang mahal selepas jaringan itu membantu Thailand menang 1-0 ke atas Malaysia.

Pada perlawanan ketiga Piala ASEAN 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok, kelmarin menyaksikan kesilapan mudah Haziq yang gagal melakukan hantaran dengan baik membolehkan Patrik Gustavsson mudah meledak gol buat skuad Gajah Perang di minit ke-57.

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan berpendapat penjaga gol merupakan benteng terakhir pasukan dan sebarang kesilapan yang dilakukan mereka hanya mempunyai dua kemungkinan iaitu pihak lawan mendapat gol atau bola keluar.

Tegasnya, kalau dilihat secara keseluruhan persembahan Haziq, dia bermain dengan sangat baik apabila melakukan beberapa aksi menyelamat namun kesilapan mudah yang dilakukannya hingga menyebabkan gol diperolehi pihak lawan perlu dibayar dengan harga mahal.

“Penjaga gol ini saya selalu cakap, orang lain boleh buat kesalahan kerana pemain terakhir masih ada iaitu penjaga gol untuk menutup kesalahan itu.

“Tetapi kalau penjaga gol buat kesalahan hanya ada dua perkara akan berlaku iaitu ambil bola dalam jaring atau bola keluar, itu sahaja.

“Apa yang saya lihat dia nak buat hantaran bola bawah tetapi apabila pergerakkan itu berlaku pemain Thailand beri tekanan di tempat yang tepat itu dan bola itu tertampan dekat dia menyebabkan gol terhasil namun sepanjang perlawanan Haziq bermain dengan begitu baik,” katanya.

Bagaimanapun, kesalahan itu tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada Haziq kerana jentera serangan juga gagal mencipta peluang bagi menghasilkan jaringan.

Secara keseluruhan persembahan diperagakan skuad kebangsaan harus dipuji selepas dua aksi sebelum ini dikritik teruk ketika seri 2-2 dengan Kemboja dan menang 3-2 ke atas Timor Leste.

Malah, ada yang menjangkakan skuad kendalian Pau Marti Vicente akan menjadi ‘mangsa’ belasahan Thailand yang gah membuka kempen kejohanan menerusi kemenangan 10-0 ke atas Timor Leste namun ternyata ia meleset apabila pemain Harimau Malaya mempamerkan aksi cukup baik hingga membuat skuad Gajah Perang bergelut mencipta kemenangan.

Malaysia yang kini berada di kedudukan ketiga kumpulan A wajib menang ke atas Singapura pada 20 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Format pertandingan menyaksikan hanya juara dan naib juara layak untuk beraksi di pentas separuh akhir Piala ASEAN 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya