Kes gangguan seksual: UM jalankan siasatan aktif

Kes gangguan seksual: UM jalankan siasatan aktif

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Universiti Malaya (UM) dikatakan sedang aktif menjalankan siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan seorang profesor di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tersebut.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Integriti IPT itu mengikut kepada prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

Katanya, UM mempunyai garis panduan khas terutama dalam mengendalikan isu berhubung gangguan seksual yang berlaku di peringkat dalaman.

“Kementerian dimaklumkan isu ini telah ditangani secara rasmi sejak tarikh aduan diterima, dan Unit Integriti UM sedang menjalankan siasatan secara aktif.

“Kementerian menegaskan bahawa sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, ada media melaporkan UM menerima laporan berhubung dakwaan seorang ahli akademik berkongsi gambar bogel dirinya dengan penuntut dan melakukan gangguan seksual.

Katanya, laporan itu dibuat Kelab Feminisme UM yang kemudiannya dilaporkan oleh beberapa agensi media.

Mengulas lanjut, kementerian itu berkata, pihaknya berharap agar orang ramai dapat memberikan ruang kepada siasatan menyeluruh untuk dilaksanakan.

Katanya, KPT sentiasa memandang serius sebarang isu melibatkan salah laku dan pelanggaran tatacara melibatkan warga IPT.

“Sehubungan itu, Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

“Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya