Kes bunuh CEO: Pistol digunakan suspek sepadan peluru di lokasi

Kes bunuh CEO: Pistol digunakan suspek sepadan peluru di lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENNSYLVANIA:  Pistol yang ditemukan pada lelaki yang didakwa membunuh Ketua Pegawai Eksekutif, United Healthcare, Brian Thompson sepadan dengan kelongsong peluru yang ditemukan di lokasi kejadian. 

Pesuruhjaya Polis New York City, Jessica Tisch berkata, pihak berkuasa meneliti bukti dan hubungan suspek dengan mangsa.

Jelasnya, cap jari tertuduh, Luigi Mangione juga sepadan dengan botol air dan pembalut bar snek yang ditemukan polis berhampiran tempat kejadian di tengah bandar Manhattan. 

Sebelum ini, polis berkata, pihaknya mempercayai lelaki bersenjata itu membeli barangan di kedai kopi berhampiran sementara menunggu sasarannya. 

Mangione, 26, kekal dipenjarakan tanpa sebarang ikat jamin di Pennsylvania berhubung kesalahan senjata api dan pemalsuan. 

Pendakwa Raya Manhattan berusaha memindahkan kes pendakwaan suspek ke New York bagi menghadapi pertuduhan pembunuhan Thompson. 

Pasukan penyiasat sedang meneliti laman Facebook tertuduh yang menyiarkan gambar X-ray dengan pelbagai skru dimasukkan ke tulang belakangnya. 

Pihak polis juga sedang mengkaji tulisan tentang kecederaan dan penghinaan yang dibuat terhadap sistem penjagaan kesihatan dan ahli korporat di AS. 

Minggu lalu, seorang lelaki bertopeng melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa di depan Hotel Hilton di Midtown, New York. -AP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya