Kerajaan Perancis tumbang selepas undi tak percaya

Kerajaan Perancis tumbang selepas undi tak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ahli Parlimen Perancis bersatu menggulingkan Perdana Menteri, Michel Barnier melalui undi tidak percaya terhadap Kerajaan pada Rabu.

Konflik kali pertama berlaku sejak 1962 itu, sekali gus mencetuskan ketidakstabilan politik di Perancis.

Ahli Parlimen dari sayap kanan dan sayap kiri dengan seramai 331 ahli menyatakan tidak percaya terhadap pemimpin tersebut, melebihi keperluan minimum untuk menggulingkannya sebanyak 43 undi.

“Usul tidak percaya ini, akan menjadikan segala-galanya lebih serius dan lebih sukar. Itu saya pasti.

“Misi ini mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Saya boleh katakan ia akan tetap menjadi suatu penghormatan bagi saya untuk berkhidmat kepada Perancis dan rakyat negara ini dengan penuh maruah,” kata Barnier.

Beliau berkata demikian selepas sesi pengundian yang menandakan berakhirnya perkhidmatan dirinya yang hanya berlangsung selama empat bulan, menurut The Associated Press.

Barnier menghadapi tentangan selepas cuba melaksanakan cadangan belanjawan yang tidak popular yang bertujuan untuk mengurangkan hutang negara, dengan memotong lebih $60 bilion dalam perbelanjaan.

Sehingga kini, belum jelas bagaimana proses belanjawan akan diteruskan, dengan Majlis Nasional berada di jalan buntu menjelang tahun baharu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan dan difahamkan merancang untuk melantik Perdana Menteri baharu dengan segera.

Pelantikan itu berkemungkinan dilaksanakan pada Sabtu ini, ketika Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump tiba untuk pembukaan semula Katedral Notre Dame. -AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya