Kehadiran Trump, Biden di Perancis cetus perhatian

Kehadiran Trump, Biden semasa pembukaan semula gereja di Perancis cetus perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS : Upacara pembukaan semula Katedral Notre Dame di Paris, semalam, menyaksikan langkah protokol luar biasa apabila tempat duduk antara Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Wanita Pertama AS, Jill Biden, dipisahkan bagi mengelak sebarang ketegangan.

Menurut laporan Agence France-Presse (AFP), kerusi di antara kedua-dua tokoh itu diisi oleh Wanita Pertama Perancis, Brigitte Macron, bagi memastikan suasana kekal harmoni.

Jill, yang hadir bersama anak perempuannya, Ashley, duduk di barisan hadapan bersama Trump dan Brigitte.

Kehadiran Trump dan keluarga Biden di acara tersebut dilaporkan menimbulkan dilema kepada pihak penganjur kerana hubungan tegang antara kedua-dua pihak, susulan pemilihan presiden AS 2024 yang baru berakhir.

Trump sebelum ini kerap mengejek Presiden, Joe Biden sebagai ‘Sleepy Joe’ (Joe Si Pengantuk), manakala Biden pula menuduh Trump sebagai ancaman kepada demokrasi dan melabelkan beliau sebagai seorang fasis menjelang pemilihan pada 5 November lalu.

Dalam majlis itu, Trump dilayan sebagai tetamu kehormat dengan diberikan tempat duduk di sebelah kanan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Biden, 82, bagaimanapun tidak hadir kerana keletihan selepas kunjungannya ke Angola pada 3 dan 4 Disember lalu.

Kunjungan itu merupakan lawatan pertama Presiden AS ke negara di Afrika tengah tersebut.

Majlis pembukaan semula Katedral Notre Dame yang terjejas teruk akibat kebakaran pada 2019 itu menjadi simbolik penting bagi Perancis, dengan kehadiran pelbagai pemimpin dunia sebagai tanda solidariti.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya